• Online only 24/7
  • +60 (18) 960 5360
  • Shah Alam, Selangor

Gaharu

Apa itu Gaharu?

Gaharu secara mudah difahami adalah bahagian kayu berwarna gelap yang berbau wangi dan terhasil di dalam Pokok Karas akibat jangkitan kulat. Pokok akan cuba melawan jangkitan kulat ini dan proses kimia yang terjadi didalam pokok akan menghasilkan gaharu.

Secara lebih terperincinya, gaharu terjadi akibat daripada tindak balas pokok karas ke atas serangan kulat/ fungus/ bakteria terhadap luka, retakan atau jangkitan penyakit. Pokok yang diserang merembeskan sejenis oleoresin (minyak+resin) bagi melindungi bahagian pokok yang tercedera sama ada pada akar, batang, dahan dan sebagainya di mana oleoresin ini lama kelamaan akan mengeras. Oleoresin ini mengandungi bahan sari yang wangi dikenali sebagai Gaharu. 

pokok gaharu
Pokok Karas
46405299_191122771791405_4061080947771047936_n
Kayu Gaharu belum diproses
64867205_314261032794060_538f0339603674759168_n-Copy - Copy
Kayu Gaharu telah diproses

Pokok Karas

shutterstock_764420392.jpgAgarwoodTrees

Di Malaysia pokok karas dikenali dengan pelbagai nama berbeza. Ada yang memanggil Depu, dan ada yang memanggilnya Candan. Pokok Karas tergolong di bawah genera Aquilaria dalam famili Thymelaeacea.

Pokok karas merupakan spesis pokok hutan yang mampu mencapai ketinggian sehingga 40 meter. Meskipun gaharu sangat dikenali di Timur Tengah, namun gaharu sebenarnya adalah pokok hutan tropika dan hanya tumbuh di negara-negara Asia Tenggara, India dan selatan China.

Namun karas bukan satu-satunya genera yang mampu menghasilkan gaharu. Terdapat lagi 5 genera yang dikenalpasti mampu menghasilkan gaharu. Saya ada tulis artikel yang lebih mendalam mengenai spesis gaharu yang anda boleh baca disini.

Sejarah Gaharu

da69939e-d8d0-4ffb-878d-0ffabe3428c7

Gaharu dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia.

  • Hindi – agar, berasal dari perkataan Sanskrit “aguru
  • Barat – agarwood, aloeswood, eaglewood
  • Thai – “Mai Kritsana” (ไม้กฤษณา)
  • Cina – chénxiāng (沉香)
  • Vietnam – trầm hương
  • Jepun – jinkō (沈香)
  • Arab – oud (عود)

Gaharu dipercayai pertama terhasil di Assam, India yang bermula pada Tamadun Awal Lembah Ganges. Gaharu juga telah digunakan pada zaman Firaun, 3000 tahun sebelum masihi. Terdapat catatan China telah mengimport gaharu daripada semenanjung Malaysia dibawah Dinasti Ming. Pelabuhan Selat Melaka juga telah merekodkan perdagangan gaharu pada tahun 1411. 

Pelbagai agama didunia seperti Islam, Kristian dan Buddha juga menyebut tentang gaharu. Dari segi geografi, penggunaan gaharu tertinggi adalah di Timur Tengah dan Asia Tengah. Gaharu bukan sahaja digunakan untuk keagamaan, tetapi juga sebagai wangian dan perubatan. Gaharu juga turut digunakan bagi mewangikan Kaabah dan disapu pada Hajarul Aswad. 

Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu:
“Sesungguhnya perubatan yang paling baik untuk kamu buat ianya Al-Hijamah (berbekam) dan Kayu Gaharu”

Sahih Al-Bukhari Hadis No.5696

Tweet

Selama beribu tahun sumber gaharu diperoleh daripada hutan. Daripada sumber hutan, hanya 10% pokok liar mempunyai gaharu. Kerakusan dalam mendapatkan gaharu akhirnya menyebabkan spesis karas hampir pupus. Karas akhirnya dimasukkan ke dalam senarai spesis yang terancam (CITES) dimana perdagangannya adalah dikawal dan setiap negara mempunyai kuota eksport maksimum bagi sumber hutan. Bahkan sejak 2018, pas pindah untuk mengeluarkan kayu gaharu hutan telah dibekukan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan memaksa semua pemain gaharu beralih ke perladangan gaharu. 

Gaharu Hutan vs Gaharu Ladang

109769349_327982225270048_4694347925881029867_o
Minyak Gaharu
5d4818292c77a
Kayu Teras Gaharu

Antara aspek terpenting dalam industri gaharu adalah sumber gaharu tersebut. Secara umumnya kualiti Gaharu Hutan jauh lebih baik dari Gaharu Ladang. Tidak menghairankan kerana proses pembentukan gaharu hutan kebiasaannya mengambil masa puluhan tahun berbanding gaharu tanam yang selepas disuntik inokulum hanya memerlukan masa 12-24 bulan untuk gaharu terjadi. 

Namun tidak kira sumber hutan atau sumber ladang, penghasilan utama produk Gaharu kebiasaanya hanya dua iaitu Pati Minyak Gaharu Asli dan Teras Kayu Gaharu. Pokok Karas yang mempunyai peratus kandungan resin yang tinggi akan akan dijadikan kepingan teras manakala kayu yang mempunyai peratusan resin gaharu kurang dari 20% biasanya akan diproses untuk dijadikan pati minyak. 

133697148_698792727691071_5094466628487394000_n
Anak pokok karas
134734418_701467447423599_2180452384072786487_n
Proses inokulasi daripada RAL Plantation
72470593_1297817823712354_3923884793095258112_n
Proses meraut kayu gaharu
278469902_ad8ec1a6-0e41-499f-b3e0-ef6335e7079c_807_655
Dapur memasak minyak gaharu

Bagi gaharu ladang proses yang perlu dilalui adalah penanaman anak pokok, seterusnya proses inokulasi bagi merangsang penghasilan gaharu. Jika ingin mendapatkan teras proses meraut perlu dilakukan dan jika ingin mendapatkan minyak proses memasak pula perlu dilakukan.  Ini langkah yang telah dimudahkan tetapi proses sebenar hakikatnya jauh lebih rumit.

Jika anda berminat untuk menjadi penanam karas, anda boleh dapatkan manual PDF Panduan Penanaman Karas secara percuma dengan klik link ini

panduan gambar

Gred Gaharu

Penggredan hasil gaharu amat penting dan ia diamalkan berdasarkan beberapa ciri tersendiri seperti negara asal gaharu, ketajaman dan ketahanan bau, ketumpatan, ketulenan minyak, peratusan resin, warna saiz dan bentuk kayu gaharu. Perlu diketahui juga bahawa Kayu Teras dan Minyak Gaharu masing-masing mempunyai pengredan tersendiri. 

Bagi kayu teras, penetapan gred gaharu kebiasaanya adalah berdasarkan warna kayu tersebut. Yang lebih gelap mempunyai kandungan oleoresin yang lebih tinggi menjadikannya lebih wangi dan mahal. Walaubagaimanapun terdapat beberapa ciri-ciri sampingan yang boleh membantu dalam penetapan gred gaharu seperti bentuk, saiz, kepadatan, fungsi dan bau. Bagi minyak pula, penetapan gred kebiasaanya brgantung kepada kualiti minyak tersebut

Di Malaysia penggredan gaharu telah dibuat oleh tiga agensi iaitu UPM, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Setiap agensi mempunyai penilaian gred tersendiri. 

20190508_154517

Tapi diantara semua jenis gaharu hanya ada satu jenis sahaja yang paling mahal di dunia. Namanya Kinam. Kinam ni tidak segelap kayu gaharu normal. Tidak sekeras kayu gaharu biasa. Warna seakan tanah. Bau seakan minyak +teras dan harganya untuk 1 gram adalah sekitar USD 10,000. Proses sebenar terjadinya Kinam masih misteri. Dikatakan hanya 1 daripada 1000 pokok karas berusia 100 tahun keatas mempunyai peluang untuk terjadinya Kinam. 

Produk Hiliran daripada Gaharu

17807845
67d2ab79-0b50-4411-98e5-580bb120c67c
0b1063355ec0ee0d1a7904b04ab499c2

Bagi Kayu Teras biasanya ia dijual terus kepada pembeli untuk dibakar bagi mendapatkan aromanya. Pati Minyak pula akan diproses bagi mendapatkan produk-produk wangian dan kesihatan seperti minyak wangi dan produk kosmetik. Namun bahagian lain pokok karas juga boleh dimanfaatkan seperti daun karas yang dijadikan teh dan kulit pokok karas yang dijadikan sejadah. Antara produk gaharu lain yang mendapat permintaan tinggi adalah Bakhoor yang merupakan sebatian serbuk gaharu dengan pati wangian terpilih. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan pelbagai jenis produk-produk gaharu di Shopee kami. 

Pasaran Gaharu

gaharu-1-ouyij95m8qu9ro74goot228wsnss52s7vhphdp7gzc

Buat masa ini hanya 25% – 35% daripada permintaan gaharu dunia dapat dipenuhi.  Di pasaran antarabangsa gaharu telah di pasarkan secara meluas di negara-negara seperti Timur Tengah, China dan Jepun yang terdiri daripada dua bentuk iaitu bentuk serbuk kayu yang digunakan dalam upacara keagamaan, tradisional dan perubatan manakala minyak gaharu sebagai pati dalam pembuatan minyak wangi. 

Singapura merupakan hub antarabangsa dengan nilai dagangan mencecah RM4 billion setahun. Permintaaan tertinggi pati minyak gaharu datang daripada Arab Saudi, UAE, Yemen, Kuwait, Bahrain dan Oman. Bagi negara-negara Asia Tengah seperti Jepun, Korea, Hong Kong, Taiwan dan China permintaan lebih kepada perubatan, wangian dan kosmetik. 

Pasaran jualan industri gaharu dunia sehingga 2016 mencecah RM14.5 Trillion. Eksport gaharu Malaysia pada 2013 adalah sebanyak RM23.32 juta. Data ini perlu dikemaskini memandangkan ianya telah terlalu lama. Memperoleh data terkini bagi pasaran gaharu agak sukar memandangkan tidak banyak informasi yang boleh diperoleh di internet. 

Artikel ini dibuat dengan merujuk banyak sumber. Sumber terbanyak adalah dari buku Gaharu Komoditi Ketiga Negara keluaran UPM yang dihasilkan pada tahun 2018. Jika berminat, anda boleh dapatkan buku ini di Shopee. 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa komen dan kongsikan artikel ini. Semoga kita berjumpa di penulisan seterusnya – Khusyairie

Kongsi Artikel

Share:

Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Categories

    Follow us

    You can find us on Facebook, Instagram, Twitter and YouTube.
    Information
    • Shah Alam, Selangor
    • We are open! 9am-6pm
    Contact
    • +60 (18) 960 5360
    • salam@oudmalaysia.com
    Follow us
    © 2023 Oud Malaysia Enterprise (202003386587). All Rights Reserved.
    Select currency
    $ United States (US) dollar